|
HYE THERE . DON'T LET ANYONE KICK YOU DOWN . BUT IF THEY DO , DON'T BE AFRAID TO PICK YOURSELF UP AND DUST YOURSELF OFF . JUST ENJOY THE MOMENT AND LIVE YOUR LIFE HAPPILY . P/S ENJOY MY BLOG AND I HOPE THAT CERTAIN OF MY WORD WILL INSPIRING YOU GUYS .
KHAYALAN
| |
impian yang melayang pergi~
Posted on Saturday, January 1, 2011
setiap orang pasti ada impian yang tersendiri.. tak kira lah impian yg positif atau negatif.. tapai aku yakin kebanyakan impian itu positif.. ada yang akan tercapai.. dan ada yang akan musnah begitu sahaja.. bagi yang berjaya menggapai impian masing-masing.. tentulah hati akan berbunga gembira.. tetapi jika impian itu umpama mimpi dalam mimpi,, maka remuklah hati dan perasaan mereka.. bukan mudah untuk merealisasikan sesebuah impian itu.. dan bukan mudah untuk memastikan orang di sekeliling kita untuk menerima impian tersebut,, hanya diri sendiri yang mengetahui tentang kebenaran impian kita.. usaha yang gigih ditambah pula dengan doa dan kesabaran akan membuat impian menjadi realiti,,apa yang mahu dokongsikan di sini ialah rasa sedih yang menyelubungi hati dan jiwa aku.. ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada mak dan ayah kerana menghalang impian aku.. aku amat hargai perbuatan zalim mereka.. besar sangat ke permintaan aku untuk belajar di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU.. aku hanya ingin menceburkan diri dalam bidang yang aku rasa sesuai dengan cara aku.. itu je yang aku nak.. bukan untuk orang lain pun.. untuk menyenangkan mak dengan ayah jugak pada suatu hari nanti..tu je.. aku tak minta sesuatu yang diluar kemampuan mereka.. aku sememangnya kecewa dengan keputusan mereka.. kecewa yang amat sangat.. tak guan aku dapat yang agak baik dalam PMR,, membazir 7 A yg aku dapat,, aku hanya nak masuk SEKOLAH TEKNIK YANG TERBAGUS DI MALAYSIA.. aku hanya nak membanggakan kedua ibu bapa je.. tapi tak ada sesiapa pun yang faham perasaan aku.. susah sangat mereka nak bagi kepercayaan terhadap aku.. aku sedih bila tengok surat tawaran SMT JOHOR BAHRU yang aku dapat.. aku rasa macam nak bakar je surat tu.. tapi aku sayang sangat dengan surat tu.. walaupun hanya sehelai kertas,, tapi makna dan perasaan serta impian aku ada bersamanya.. sedih sangat-sangat.. esok aku mendaftar untuk asrama di SMK TAMAN NUSA DAMAI.. mesti puas hati mak dengan ayah kan?? puaskan tengok melangkah masuk ke sekolah tu dengan hati yang sedih.. syabas aku ucapkan kepada mereka yang menyokong aku seratus peratus masuk ke SMK TAMAN NUSA DAMAI kerana korang semua dah mengagalkan impian aku menjadi realiti.. segala sokongan anda semua aku ucapkan ribuan terima kasih disertai dendam kesumat!!!! p/s : aku hanya meluahkan apa yang ada kat dalam hati.. kepada mereka yang agak terasa,, aku minta maaf sangat-sangat.. Template by idham haikal
| |